HAMPIR satu jam, menyaksikan kilauan busana pelbagai warna dengan
60 set persalinan disarung�kan ke tubuh model.
Buat pertama kalinya selepas dua dekad berjuang di arena fesyen,
busana muslimah Sri Munawwarah Design tampil dengan himpunan
fesyen terkini berkonsepkan praktikal, elegan dan anggun.
Bersesuaian dengan kedatangan 2011, himpunan Munawwarah yang
terkenal dengan ciri potongan klasik menerusi rekaan ringkas kini
diubahsuai menjadi lebih moden sesuai cita rasa wanita masa kini.
Pada pentas terbuka di Hotel One World pertunjukan fesyen terbahagi
kepada tiga segmen iaitu penjelmaan gaya bertudung, keyakinan warna
serta
Tahun Baru Gaya Baru yang menampilkan 15 himpunan tudung
dengan mood berbeza.
Menariknya semua himpunan ini berjaya disiapkan hanya dalam masa 10
hari saja hasil rekaan Ketua Pegawai Eksekutif Munawwarah Design
Sdn Bhd Datuk Tuan Hasnah Tuan Yusoff bersama
kaki tangan Munawwarah.
Menurut Pengarah Bahagian Pemasaran & Komunikasi Korporat,
Haslina Mohd Ali, pertunjukan fesyen ini adalah acara gilang-gemilang
Sri Munawwarah sepanjang 12 tahun pembabitan dalam bidang fesyen
sekali gus mendidik wanita mengenai cara serta teknik
berpakaian sebagai muslimah.
“Apa yang kami hasilkan adalah lebih kepada ingin mendidik wanita
mengenai cara berpakaian yang betul. Setiap rekaan yang dihasilkan
ada kriteria dan sebab-sebab tertentu mengapa rekaannya begitu supaya
wanita tidak berfesyen hanya sekadar ikut-ikutan saja,” katanya.
Untuk segmen gaya bertudung, menampilkan 15 fesyen tudung yang
belum pernah diketengahkan lagi sebelum ini. Potongan labuh pada
bahagian belakang untuk fabrik polos dengan cetusan perincian manik
serta gaya ikatan menjadikannya rekaan paling anggun
serta terkini yang perlu dimiliki wanita.
Begitu juga dengan mainan warna pada jubah, abaya, blaus, skirt atau
seluar palazo membuatkan rekaan Munawwarah ada kelas tersendiri
dalam fesyen muslimah. Jujur jika dikatakan penghasilan rekaan ini
mencerminkan wanita juga mampu bergaya cantik,
moden dan anggun serta menepati syariat Islam.
Haslina memberitahu sejak dulu Munawwarah sering menampilkan
gabungan warna berani untuk rekaannya dan kini diteruskan menjelang
peng�gayaan pada 2011.
Walaupun ada yang menyifatkan warna terang tidak sesuai untuk
wanita bertudung namun kombinasi seperti ungu dan hijau atau
merah jambu dan biru mampu menambat hati wanita serta
tidak janggal apabila digayakan dengan tudung.
Tambah menawan Munawwarah memberikan
kelainan menerusi potongan jubah disertakan kardigan labuh corak
berbeza atau cetusan juraian pada hujung baju
daripada fabrik berbeza menjadikan rekaan busana
begitu unik serta berbeza di pasaran.
Penggunaan fabrik lembut seperti lycra, sifon dan sutera sifon
menjadikan busana ini terletak cantik pada tubuh si pemakai.
Semua himpunan ini bukan saja sesuai untuk majlis rasmi
malah sesuai digayakan untuk acara kasual atau ke pejabat.
Pada majlis itu, Munawwarah turut membuka Bazar Munawwarah dengan
menyediakan pelbagai koleksi pada harga istimewa.
Majlis gilang-gemilang turut diserikan dengan kehadiran
Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah
yang mencemar duli memeriahkan majlis.

No comments:
Post a Comment