Pioneer Malaysian Islamic Lifestyle Boutique since 1992

Simple, Practical designs for all....

Friday 21 January 2011

Utusan Malaysia Online - Feminin

Utusan Malaysia Online - Feminin


Rekaan Munawwarah lebih segar


Warna-warna terang antara pilihan utama dalam rekan Sri Munawwarah Design.



SEJAK ditubuh dan diperkenalkan pada 1992, jenama fesyen muslimah tempatan terkenal, Sri Munawwarah Design terus melangkah cemerlang dalam penghasilan koleksi rekaan-rekaan yang berkonsepkan Islamik.
Bukan sekadar jubah labuh dengan warna-warna yang malap semata-mata tetapi kehadiran warna-warna mewah serta rekaan eksklusif turut memberikan ilham baru kepada penggemarnya.
Sedikit sebanyak ia turut membantu mencetuskan idea kepada penggemar dan pengikut fesyen tempatan untuk tampil cantik serta bergaya dengan busana muslimah
Terbaru Sri Munawwarah menempa satu lagi kejayaan dengan penganjuran pertunjukkan fesyen berunsurkan Islamik yang telah diadakan di Hotel One World, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor.
Hadir menyaksikan peragaan tersebut ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Turut berangkat Datuk Tengku Rahimah Almarhum Sultan Mahmud dan juga Tengku Norhana Fatihah Sultan Mahmud.
Istimewanya, pada peragaan tersebut, fesyen yang diperagakan meliputi semua acara daripada pakaian majlis rasmi, keraian sehinggalah pakaian harian serta pakaian pejabat yang mampu dan mesti dimiliki.
Apa tidaknya, ilham rekaan pemilik Sri Munawwarah iaitu Datuk Tuan Hasnah Tuan Yusoff bagaikan membawa mesej yang tersendiri.
Apatah lagi dengan kemasan pelbagai aksesori menarik.
Bertemakan Tahun Baru Wajah Baru 2011, ia seolah-olah memberikan mesej yang tersendiri daripada penganjur.
Menggunakan warna-warna mewah seperti merah terang, hijau dan kuning menjadikan wanita itu lebih bergaya serta kelihatan anggun.
Apatah lagi, fesyen adalah bahasa universal yang mampu menterjemahkan pelbagai perasaan dan apresiasi daripada ragam budaya dan bangsa dunia.
Malah lebih menarik, peragaan kali ini menampilkan idea kreatif dan semakin moden tanpa meninggalkan unsur sopan dan unsur-unsur Islamik dalam rekaan.
Penggunaan warna-warna mewah juga dalam setiap rekaan menggambarkan, pakaian wanita Muslim sebenarnya hebat dan mampu kelihatan anggun bergaya.
Malah, pengunaan fabrik mewah seperti sutera , sutera krep, organza, satin, sifon songket tenunan adalah antara kekuatan busana petang itu.
Selain itu, peragaan tudung juga tidak kurang hebat apabila tudung yang dahulunya sekadar penutup kepala sebenar lebih cantik apabila digayakan dengan pelbagai rekaan.
Ditambah pula dengan ketelitian sulaman tangan serta kreativiti menghasilkan busana yang penuh bergaya.
Aspek ini menguatkan lagi kepercayaan umum bahawa fesyen busana muslimah sesuai untuk pelbagai acara sama ada formal, santai mahupun keraian.

1 comment:

RaudhahRuds said...

Well Done Munawwarah ! Here's to many more successful years !